Posts

KPF TOPIK 4: KRITERIA & BENTUK PENDIDIKAN BERTERUSAN

Image
 KRITERIA & BENTUK PENDIDIKAN BERTERUSAN Apakah itu bentuk pendidikan berterusan? Pendidikan ditafsirkan sebagai proses mendidik individu atau mempelajari sesuatu secara formal, nonformal dan informal. Pengajaran  ialah tindakan dan bimbingan guru kepada pelajar untuk membantu proses pembelajaran. Istilah dengan erti yang sama digunakan ialah ‘instruksi’  (instruction),  iaitu proses memudah cara pembelajaran ke arah mencapai objektif pembelajaran. Teknologi untuk pendidikan ialah set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah atau memudahkan pengajaran dan pembelajaran.   Penaksiran dalam konteks pengajaran ialah proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu guru dan pelajar mengetahui sejauh mana pembelajaran telah berlaku. Hasil ini digunakan sebagai maklum balas bagi menambah baik proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di samping membantu proses membuat keputusan. Pembelajaran, pada amnya, ialah ...

KPF TOPIK 4: PELAKSANAAN PENDIDIKAN MENURUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Image
P ELAKSANAAN PENDIDIKAN MENURUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pelaksanaan pendidikan menurut FPK terbahagi kepada enam, iaitu: Pendidikan adalah satu usaha berterusan. Pendidikan ke arah kembangkan lagi potensi murid. Mendidik secara menyeluruh dan bersepadu. Membangunkan komponen intelek, rohani, emosi, jasmani murid. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis. Berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Proses atau pelaksanaan pendidikan menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah pendidikan adalah satu usaha berterusan, pendidikan ke arah memperkembangkan lagi potensi murid, pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu, membangunkan komponen intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis serta berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Proses pendidikan yang dirangka dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamatnya dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketeram...